Feb 13, 2015

Al-Fatihah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum wbt

Al- fatihah buat Tuan Guru Nik Aziz Nik Amat


Innalillahiwainnalillahirojiun..

Allahuakbar.. 
terasa sayunya hati malam ni bila mdapat perkhabaran berita kematian TGNA.
Seakan tidak percaya tetapi itulah realitinya
Pasti ramai yg akan merindui ulama yg amat disegani ini.
Pada malam ini,
Pastinya.. berpusu-pusu hamba Allah di kelantan 
(atau mungkin ada yang datang luar dari kelantan)
 hadir ke rumah arwah bagi menyempurnakan urusan pengebumiaannya.
Pastinya.. beratus (mungkin beribu-ribu) hamba Allah akan membacakan yassin buat arwah
Dan pastinya, beratus ribu (barangkali jutaan) hamba Allah sedekahkan Al- Fatihah buat arwah.

Allahuakbar
Subhanallah..

Mungkin tiada yang dapat menandingi keperibadian, akhlak & kewarakan TGNA.
Secara jujurnya, tidaklah ku kenal sedalam-dalamnya tentang diri arwah
Tentang apakah kejayaan kepimpinan arwah di Kelantan
Tentang apakah sumbangan arwah dalam kepimpinan & lain-lain

Tapi 
Apa yang membuatkan aku benar-benar mengkagumi arwah adalah:

Arwah memiliki rumah kediaman yang cukup sederhana iaitu rumah kampung
Mak pernah bercerita dulu, ada pelancong asing datang ke kelantan dan ingin bertemu dengan TGNA
Siapa sangka, seorang yang bergelar MENTERI atau PEMBESAR pada ketika itu 
hanya menetap di rumah kampungnya sendiri dari memilih menduduki rumah kediaman yang mewah & lebih selesa bagi menteri/pembesar.

Subhanallah..

Berkenaan perjalanan politik arwah, tidaklah ku ketahui sangat.
Tapi beliau antara yang lantang dalam menegakkan kebenaran Islam
Walau dicemuh, dikeji, dihina akan kelantangannya bersuara tetapi beliau tidak mudah melatah
Pernah dulu terbaca artikel berkenaan pendapat TGNA,
berdasarkan ayatnya tidaklah memaksudkannya secara terus
tapi pendapatnya sering disalah tafsir oleh hamba Allah yang lain.
[Moga Allah SWT mberi hidayah kepada kalian 
kerana kalian antara hamba2 Allah yg hamba2 Allah yg lain percayai]


Salah satu yang aku amat kagumi berkenaan TGNA adalah akhlak & solatnya
Pernah mendengar ceramah ustaz Abdullah Khairi mengenai penjagaan solat & wuduk
Beliau menceritakan pengalaman beliau bsama TGNA dalam perjalanan ke rumah TGNA
Dimaklumkan, TGNA sentiasa berada dalam keadaan berwuduk
 & beliau sentiasa bersolat apabila menaiki kenderaan.
Arwah TGNA juga sangat menjaga Ibadah puasa sunat pada hari Isnin & Khamis.

Allahuakbar.. 
x dapat nk describe lagi tentang arwah TGNA
Benarlah kata pepatah
"Harimau mati meninggalkan belang"
"Manusia mati meninggalkan nama"

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman & beramal soleh
Dan ahli keluarganya tabah menghadapinya

AL- FATIHAH


Sekadar peringatan juga:
"janganlah memuja seseorang terlalu tinggi kerana takut jatuh khurafat/syirik"
Sayanglah dia kerana ALLAH swt

Sedikit Coretan yang terkesan dihati oleh Ustaz Ebit Lew

P/S: Tak sangka mmulakan semula blog dengan artikel yg menyedihkan.. 

1 comment: