Assalamualaikum w.b.t
Yeaayyy!!! x sabar nk update blog kali ni
sbb ni ada permulaan tuk label "Food Attack"
(seperti yg di-ura-ura dlm story yg lepas | cer click sini)
Hari ni my office mate teringin nak makan
KAW KAW Burger Bakar kat Lokas Makana
KAW KAW Burger Bakar kat Lokas Makana
tapi disebabkan ada plak member kitorg yg suggest pegi waktu lain
plus, ada yang masih berada diluar kawasan (jauh nun diutara)
Office Mate ku ini , Keen (bukan nama sebenar) decide nak makan makanan western
oleh sebab kerana kitorg berada kat area TTDI
si Keen (bukan nama sebenar) pun suggest ar makan di SS2 Murni
Bermulanya episode : Food Attack!!!
7:00pm, kami berjaya tiba di lokasi makanan
setelah menempuhi hampir 30min kesesakan lalu lintas (mmg teruk sgt ya jammed time2 camni)
alhamdulillah, kebetulan masa tiba disana masih ada kekosongan kat dlm kedai tu
(biasanya penuh sesak cam tin sardin.. hehehe)
Jadi tanpa membuang masa (sbb kelaparan sgt) kami pun order pesanan masing2
Keen (bukan nama sebenar) : Spaghetti Seafood + Milo Dinosour
Cik Dodomoo (bukan nama sebenar jugak) : Chicken Chop Special + Neslo Tarik
Side Order kami : Roti Naan Mozzarella Cheese
and x sampai 3minit, kami da dapat minuman yang kami order :)
Milo Dinosour (gelas tinggi tu) : RM3.00
Neslo Tarik : RM2.50
(Milo Dinosour tu rasa sebijik macam minum Milo Tabur tapi Si Keen kata mmg sedap)
and x sampai 3minit kemudian kami dah dapat hidangan utama kami
Masing2 busy ambil gambar makanan dulu sebab terlalu excited :P
Cik Dodomoo sempat berposing dgn Chicken Chop Special-nyer
Spaghetti Seafood : RM12.00
Keen's Comment : dia rasa cam menyesal amik spaghetti ni sbb dia nk makan cam steak tapi sbb rambang mata dia amik dis spaghetti. Plus dia ingat spaghetti ni ber-sos Cabornara
My Comment : So far rasa dia sebijik macam makan mee sup cuma beza dia menggunakan Spaghetti je. Best sbb banyak cili padi + black pepper (of course mengalir air mata masa makan)
Best bout it: banyak hidupan laut dalam timbunan spaghetti ni (ada 2 kupang yg besar n sedap)
Chicken Chop Special : RM12.00
My Comment : Memang agak terkejut sebab portion dia cam besar tapi masih belum mencapai tahap kepuasan maximum. Double chicken chop yang agak kering + Fries yang sejuk
(coleslaw & keropok dia ok-ok lah -_-)
Best bout it: Sos Black Pepper yang mantoppp!!
Roti Naan Mozzarella Cheese : RM7.00
My Comment : Sedap makan masa panas.. cheese dia banyak tertumpu kat bahagian tengah roti.
and again sila makan masa panas sebab
bila da sejuk cheese tu pun da xley nak tarik2 mcm gambar di bawah:
ngegege...
alhamdulillah.. akhirnya kami berjaya menghabiskan hidangan utama masing-masing
cuma side order kami separuh sahaja yang terusik sbb masing-masing da kekenyangan.. burrppp
oleh kerana rasa sayang nk biarkan, ku bagi keen tapau bawa balik.. hehehee
and setelah hampir 45min kat sana, kami membuat bayaran sebanyak RM44.50 tuk semuanya sekali
(plus dgn take away Chicken Chop biasa (RM8.00) tuk bonda si keen)
Overall : Parking x susah sangat nk cari time ni (biasanya payah nk cari yg dekat kalo da malam). Waiter & waitress sangat pantas buat kerja & ingatan sgt tajam sbb amik order tanpa tulis atas kertas (banyak makan kismis kot). Cuma yg kureng best sikit, buku menu dia da macam belacan..
(x sanggup plak nak tangkap menu time ni.. hehehee)
Harga berpatutan and pilihan minuman or makanan mmg banyak + terbaik
(western + goreng2 + nasi lemak + roti2 + ice blended + minuman panas .. semuanya ADA)
Food Attack Rate : * * * (3 stars)
THE END
PS: nasib baik masih sempat menunaikan solat maghrib cuma kurang selesa sebab kekenyangan sgt.. hmmm
No comments:
Post a Comment