Feb 2, 2013

Sotong Kurita Merah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, akhirnya tiba jua timenya tuk reveal story tentang:

S.O.T.O.N.G  K.U.R.I.T.A  M.E.R.A.H

20th January 2013 | 9:15am : Seekor Sotong Kurita Merah dipercayai telah menganaz di Taman Puchong Perdana dan menyebabkan beberapa ketulan batu pecah ditempat kejadian. Ia dipercayai berlaku setelah memenangi kemenangan sulung di dalam kejohanan TENG TENG 2013 bersama rakan-rakan hidupannya. Kejadian tersebut berlaku seawal 9:15am ketika mereka asyik bermain  bertarung dengan Sotong Kurita Merah itu. "Kami tidak sangka ia akan menganaz sehingga sedemikian rupa..Sangat dashyat. Saya tidak dapat mengambarkan bagaimana rupa ia setelah memenangi kejohanan itu" ujar penguin Fazlan, 24, saksi di tempat kejadian. Salah seorang saksi juga melaporkan kemenangan yang dijulang hanyalah kebetulan kerana Sotong Kurita Merah itu bernasib baik sahaja, "saya andaikan dia xakan menang sebab Sotong itu berwarna merah tapi mmg dia sgt bernasib baik sebab mungkin itu adalah hari bertuahnya" ujar mermaid Syai, 24, yang turut menyertai kejohanan tersebut.

Kejadian ini julang kalinya berlaku dalam sejarah kejohanan TENG TENG kerna belum pernah Sotong Kurita Merah melakukan perkara yang diluar jangkaannya itu. Menurut laporan polis dan masyarakat setempat, Sotong Kurita Merah ini telah melakukan beberapa vandalisme kerna taksub untuk memenangi kejohanan tersebut. Menurut saksi di tempat kejadian, Sotong Kurita Merah itu sering berlegar2 pada batu pihak lawan sebelum menjampinya sehingga menjadi serpihan batu-batu kecil (Power gak Sotong Kurita Merah ni!!!). Perkara ini menjadi bualan penduduk setempat diatas kemenangan yg dimenanginya. "Sotong Kurita Merah itu telah menganggu ketenteraman kami, saya tidak boleh focus pada pelajaran dan gagal dalam exam mencari jodoh" ujar dolphin  penduduk setempat disana. Ujarnya lagi "Kita bakor..kita bakor.. sampai jadi Takoyaki" ujar Usop Wheelcha ??!

Kejadian ini banyak memberi spekulasi bahawa kemenangan Sotong Kurita Merah ini adalah kerana ia bernasib baik sahaja. Ujar Naib Johan Kejohanan TENG TENG 2013, cik DODOMO berkata "kemenangan Sotong Kurita Merah ini tidak perlu disangkal. Saya yang bagi chance kpd beliau untuk menerima gelaran Juara itu. Sungguhpun demikian, pada kejohanan akan datang, saya tidak akan bertolak ansur dengan Sotong Kurita Merah itu!!!Walau bagaimana ia merayu pada saya pun, saya tetap dengan keputusan saya demi peminat-peminat saya dan mereka2 yang banyak menyokong saya, ujarnya lagi (kami di OUAT.news pun always support cik DODOMO.. mekasih..mekasih). walaubagaimanapun pihak kami gagal mendapatkan maklum balas dari nemo hidayah aka adik kepada Sotong Kurita Merah ini kerna dipercayai masih terkejut dengan kemenangan NASIB BAIK abangnya itu.

Berikut adalah gambaran yang sempat dirakam oleh cik DODOMO sepanjang kejohanan itu berlaku:

cik mermaid sedang beraksi sambil dikacau oleh penguin fazlan dan diperhati oleh Sotong Kurita Merah bersama adiknya, nemo hidayah

nemo  hidayah mencuba nasibnya didalam kejohanan TENG TENG 2013 tersebut tetapi mendapat tempat ke-4 setelah dijampi oleh Sotong Kurita Merah aka abangnya juga (ish..ishh..ishh)

cik DODOMO sempat memberi posing menarik sewaktu berentap dengan Sotong Kurita Merah. Dipercayai ketika ini penguin fazlan sedang cuba mencuri idea cik DODOMO supaya boleh menang.

tepat 10:00am , kejohanan tersebut telah pun tamat dan kemenangan BERNASIB BAIK buat
S.O.T.O.N.G  K.U.R.I.T.A  M.E.R.A.H

THE END

PS: woww.... berita exclusive dari OUAT.news

2 comments:

Sumaiyah K. said...

Aaaaa......!!!!!!!!!!! Cannot. stop. laughing!! hahaa! You're a genius my sweet friend =))

Unknown said...

Really? Ngegege... Actualy I never thought akan wat news ttg sotong kurita merah ni.. Hahahhaa... His character really inspired me to do that..